Bila alam barzakh atau kubur menjadi topik perbualan, ramai yang buat-buat tak dengar. Masing-masing tahu mati itu betul, kubur itu gelap, liang lahad itu sempit, selepas mati akan di hisab, di dalam kubur ada azabnya tetapi masih ramai yang tidak mahu ambil kisah.
Alam barzakh adalah masa sejak roh berpisah dari jasad sehinggalah tiba hari untuk di bangkitkan semula sepertimana yang di sebut di dalam Al-Quran:
"Dan di belakang mereka itu barzakh sampai hari berbangkit." (Al-Mukminun:100)

Kubur boleh di anggap sebagai pintu masuk untuk ke alam barzakh. Setiap manusia yang meninggal memang ditempatkan di dalam kubur sama ada suka atau tidak. Kubur yang gelap dan sempit sudah boleh membuatkan kita berasa takut, inikan pula di tambah dengan azab kubur yang Allah nyatakan. Mampukah kita untuk menghadapinya?
Kadangkala datang bisikan ke telinga.... "Betul ke azab kubur dan neraka tu wujud? " dan atas diri masing-masing lah untuk berfikir dan mencari kebenarannya.
Yang pasti, Allah sudah ceritakan segalanya di dalam Al-Quran dan Allah telah maklumkan bahawa sebelum tiba hari pembalasan, kita terlebih dulu berada di alam roh, alam rahim dan alam dunia. Kita ditempatkan oleh Allah di dunia ini hanyalah untuk sementara. Seterusnya kita akan meneruskan lagi perjalanan ke alam barzakh dan di bangkitkan semula pada hari pembalasan sehinggalah kembali semula kepada Nya untuk kehidupan yang kekal abadi.
Masih musykil? Masih tidak mahu ambil tahu tentang alam barzakh?
Ok cuba fikir, bagaimana perut seorang perempuan mengandung yang pada asalnya kempis boleh memboyot?


Mungkin ada yang akan menjawab, itu adalah disebabkan benih suaminya tetapi persoalannya di sini, adakah suaminya yang tolong menghidupkan benih itu? Adakah suaminya yang mereka bentuk anaknya sendiri sepanjang berada di dalam perut isterinya? Jawabnya tidak!
Mana mungkin suaminya punya kuasa untuk mencipta seorang bayi hanya dari setitis air mani hingga boleh membesar di dalam perut isterinya dan lahir selepas sembilan bulan. Ahli magic pun tak boleh buat.
Memang kita tidak boleh ingat sama sekali apa yang kita telah lalui sejak dulu, apa yang kita lalui semasa bayi pun tidak boleh ingat. Tetapi kita tidak boleh nafikan semua ini hanya kerana kita tidak boleh ingat perkara itu. Sebabnya memang sudah terbukti depan mata bahawa setiap bayi tiba ke dunia ini setelah berada di dalam perut ibunya selama sembilan bulan dan kita sendiri sudah lalui semua itu. Apa? Ingat kita ni datang pakai jet ke? Ingat kita ni terus besar ni ke? Jadi, dari mana sebenarnya kita datang?
Al-Quran boleh memberi jawapan dari mana asal usul kita. Dan jika alam rahim itu tepat, alam dunia ini tepat maka semestinya alam barzakh, syurga dan neraka juga adalah tepat.

Mahu tidak mahu, yang hidup pasti akan mati dan setelah mati pasti akan di tanam di dalam kubur. Ketika tiba saat itu, kita tidak punya daya untuk bangun dan melarikan diri kerana roh dan jasad kita sudah tidak bersatu lagi.

Tiba detik itu kita hanya boleh berserah menunggu apa saja yang akan Allah perlakukan pada kita dan semestinya Allah akan beri apa yang kita perbuat selama ini. Jika banyak berbuat pahala maka tidak perlu khautir tetapi jika banyak berbuat dosa,...???
Jangan lupa Allah itu maha pengampun... selagi roh dan jasad masih bersatu ini bermakna peluang untuk kita bertuabat masih lagi terbuka luas. Segera berubah dan perbaiki diri untuk menempuh alam lain yang pastinya kekal nanti.

Ya Allah, ampunilah dosa kami...
0 comments:
Post a Comment