Siapa dia? Kenapa namanya masih di sebut -sebut? Kenapa kisahnya sanggup dibukukan berulangkali walau dia telah lama pergi tinggalkan kita..??


MASHYUR, ADIL, TEGAS DAN WARAK itulah antara ciri utama Khalifah Umar.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya, Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam adalah seorang insan yang punya budi pekerti yang tinggi.
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)
Khalifah Umar b Abdul Aziz yang juga merupakan cucu kepada Saidina Umar b Al-Khatab sangat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Beliau telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat di layan sama adil tanpa mengira keturunan dan pangkat.
Keadilan yang beliau perjuangkan adalah menyamai keadilan pada zaman datuknya. Semestinya kedatangan beliau sebagai pemerintah amat dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu di tindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.
Sesungguhnya ciri utama diri Khalifah Umar b Abdul Aziz ini sangat masyhur sehinggakan banyak buku-buku di terbitkan semata-mata untuk memperkenalkan beliau pada semua orang supaya sifat baiknya itu dapat dijadikan contoh dan teladan.
Antara kisah yang paling terkenal berkaitan beliau adalah apabila beliau menyediakan dua lilin di rumahnya. Satu untuk kegunaan urusan negara dan satu untuk lagi untuk kegunaan keluarga sendiri. Ini membuktikan yang beliau sangat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat.
Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak di benarkan sama sekali menggunakan harta kerajaan.
Umar juga membuat kebijakan menghapus pegawai peribadi bagi khalifah. Umar menekankan terjalinnya kedekatan hubungan antara pemimpin dan rakyat. Ketika pemerintahannya, betapa sukar mahu mencari penerima zakat sehingga harta negara yang berasal dari zakat jadi tinggi menggunung.
Umar pernah mengambil paksa harta yang dimanfaatkan keluarga khalifah karena melakukan abuse of power (penyalahgunaan kekuasaan) dan menyerahkannya ke baitulmal.
Beliau juga terkenal dengan sifatnya yang jujur. Diriwayatkan Amr bin Muhajir,
suatu hari salah seorang anggota keluarga Khalifah Umar memberi apel. Beliau lantas berkata, "Alangkah harum aromanya. Wahai pelayan, kembalikan apel ini kepada si pemberi dan sampaikan salam saya kepadanya bahawa hadiah yang dikirim telah sampai." Amr bertanya, "Mengapa pemberian hadiah dari orang yang masih ada hubungan kekerabatan ditolak? Padahal, Rasulullah SAW juga menerima hadiah." Khalifah Umar lantas menjawab, "Sesungguhnya, hadiah yang diberikan kepada Rasulullah benar-benar HADIAH, sedangkan yang diberikan kepadaku ini adalah SUAP."
Beliau juga amat menitikberatkan soal agama. Beliau berusaha memberi penghayatan agama di kalangan rakyatnya dengan memerintahkan mereka mendirikan solat secara berjemaah dan masjid-masjid dijadikan sebagai tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana yang berlaku di zaman Rasullullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Beliau turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasullullah SAW.

Untuk mengukuhkan lagi dakwah Islamiah, beliau telah menghantar pakar hukum Islam kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Beliau juga telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendiakawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu lain dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang di pelajari oleh umat Islam.

Suatu ketika, Umar memanggil istrinya yang memiliki banyak perhiasan pemberian ayahnya. "Wahai istriku, pilihlah olehmu, kamu kembalikan perhiasan-perhiasan ini ke baitulmal atau kamu izinkan saya meninggalkan kamu untuk selamanya. Aku tidak suka bila aku, kamu, dan perhiasan ini berada dalam satu rumah." Fatimah menjawab, "Saya memilih kamu daripada perhiasan-perhiasan ini."
Saat beliau sakit, Maslamah bin Abdul Malik datang menziarahinya. Maslamah melihat pakaian Khalifah Umar sangat kotor lalu Maslamah bertanya kepada Fatimah (isteri Khalifah Umar),
"Tidakkah engkau mencuci bajunya?" Fatimah menjawab, "Demi Allah, dia tidak memiliki pakaian lain, kecuali yang dipakainya."

Walau masa pemerintahannya sangat singkat namun beliau telah berjaya menjadikan kerajaan Umaiyyah semakin kuat. Tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya sehinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Kebanyakkan rakyat semasa pemerintahan beliau sudah kaya, semakin senang ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri tanpa perlu mengharapkan duit zakat.
Walau sudah lama meninggalkan muka bumi ini namun nama beliau masih harum mewangi. Bagi yang mahu kenal beliau dengan lebih mendalam bolehlah beli buku-buku berkaitan diri beliau yang ada di pasaran. Terdapat banyak buku berkaitan beliau, pilih saja mana yang anda suka.
Di sini Aty sertakan sekali antara isi kata-kata oleh Khalifah Umar yang disampaikannya suatu ketika dulu semasa beliau sedang berkhutbah.
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."
"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"
Antara buku yang berada di pasaran berkaitan kisah beliau...




credits : Tayibah.com
0 comments:
Post a Comment