Tu dia..... macam tongkang pecah!!
Eh jap-jap... kenapa kalau rumah bersepah orang akan samakan dengan tongkang pecah eh? Tak tau nak komen bab tu tapi yang pasti istilah tu dah lama di gunakan dan inilah dia rupa 'tongkang pecah' di rumah Aty...

Tiap pagi bangun dari tidur inilah dia pemandangan indah dalam rumah. Cuaca panas so bilik tidur hanya jadi tempat salin pakaian, malam-malam tidur tengah-tengah ruang tamu layan tv smpai pukul 1-2 pagi... itu mujur kalau sedar untuk tutup tv, kalau tak sedar jawapnya TV yang tengok tuan rumah membebel sorang-sorang smpai ke subuh.
Eh... itu baru ruang tamu belum lagi dapur dengan ruang makan... nak tengok..?? Meh sini tengok sendiri... ini kalau tetamu datang tak tau la mana nak sorok muka... :P


Dan semestinya sebagai seorang ibu, tiap-taip pagi celek je mata terus otak bertindak balas dengan kaki dan tangan. Otak terus set suruh segera capai penyapu. Kalau hari sekolah kena settle siapkan anak ke sekolah dulu lah sebelum capai mop penyapu tapi kalau hari minggu bukan setakat tangan kaki bergerak tapi mulut pun ikut bunyi sama... haha.. Kadang-kadang dah macam kartun pun ada... kejap capai ini, kejap capai itu.. :D
Tapi, jujur cakap bagus juga buat kerja rumah hari-hari macam ni kan? Boleh jadi satu senaman untuk kuruskan badan, untuk keluarkan peluh... kalau hati ikhlas buat kerja insyaAllah pasti semua beres dan bagi rumah Aty ni, hanya ini yang Aty mampu buat untuk sedapkan sikit pandangan mata dari pemandangan 'tongkang pecah' di atas tu...



Settle kemas semua.... start isi air mandi untuk si Muqri... layan dia berendam dalam besen mandinya di temani buih-buih sabun. Penat tadi teruus hilang bila lihat gelak tawa Muqri..

"senyuman inilah yang mampu buat hati Aty cair"
Selesai bg mandi, kasi bedak sampai putih, apply losyen wangi-wangi, kasi susu smpai kenyang dan bila dah kenyang apa lagi... tidurlah dia.. lena di ulit mimpi yang panjang sambil sesekali mulut muncung-muncung seperti tengah hisap susu. comeyyyy sangat.. emuahhh2x!!
Sementara Muqri tidur, apa lagi lari capai laptop la. Online jana income. Balas mesej itu, balas mesej ini. Ajar itu, ajar ini. Bila Muqri bunyi jer, tinggalkan dulu laptop capai pula Muqri kasi susu sekali lagi dan Muqri akan kembali tidur. Masa ni Aty tak boleh kembali online tapi harus terus ke dapur... capai periuk belanga masak apa patut untuk makan tengahari. Jam memang tak tengok, yang Aty tahu perlu masak cepat-cepat sementara Muqri lena di ulit mimpi.
Macam hari ni anak-anak bercuti (01 Mei) so masak ikut selera anak-anak. Selalunya Aty tanya sehari lebih awal, "esok nak makan apa?" dan kali ini mereka order nasi minyak, so Aty kasi nasi minyak ajer lah untuk mereka.

Masa hidang makanan, mata terpandang semula pada ruangtamu... tu dia. mainan sudah mula berkumpul atas lantai... oh anak... baru tadi ibu kemas, kalian dah mula sepah balik ye.. Aty tak suka pukul-pukul ni so, jalan terbaik kasi 'ugutan' sikit..
"Kemas dulu mainan... tak kemas mama makan semua ni sorang-sorang.."

Apa lagi.. si tukang sepah akan terus capai mainan dan masukkan semula ke dalam bekasnya. Tapi sebenarnya Aty dah tahu dah, kejap je tu... Nanti lepas makan akan start lah bersepah balik. hmmm... apa boleh buat dah nama pun budak-budak.. kita juga yang beli mainan tu semua so time diaorg main tak kan nak marah pulak kot.

Melihat anak-anak makan dengan berselera, sekali lagi penat lelah panas berperap di dapur hilang dengan serta merta. Syukur anak-anak makan dengan kenyang dan syukur juga kerana punca rezeki untuk membeli semua bahan makanan adalah halal. Alhamdulillah.. Walau tak makan sama, tapi perut ikut kenyang melihat wajah anak-anak yang sukahati.
Lepas anak-anak makan semua barulah Aty boleh rehat... mandi, solat, tidur sekejap lepaskan lelah.
Nanti lepas Asar akan online semula pastu mandikan Muqri dan masak pula untuk minum petang. Nnati lepas maghrib masak sekali lagi untuk makan malam. Masa ni anak nak sepah tahap mana sepah lah sebab memang dah tak larat nak capai penyapu semula.
Esok pagi buka mata akan bermula semula rutin tadi dan tak kisahlah kerana memang itu tugas Aty sebagai seorang ibu. Biar lah nampak dengan mata kasar seperti orang gaji tetapi yang penting Aty, suami dan anak-anak happy...
U are the best leader, good teacher n the best mama..
ReplyDeleteN we loves u so much!!!!
terima ksih kak izah.... aty pun sayanggg akak.... terharu bila akak sanggup dtg dr penang bersama suami semata2 utk jumpa aty... :D
Delete