Logo KBBA

'Mati' dari kacamata ___

Suka atau tidak, ready atau tak, bila tiba masa tiada lagi alasan. Tidak boleh di rasuah untuk menghindarkan diri. Jika sebelum ini seronok berpijak atas tanah kini tiba masa untuk berada di dalamnya pula. Sudah bersediakah kita?




* Syeikh Ar-Raqasyi rahimahullah :
"Wahai manusia, tidakkah anda menangis dan berasa sayang terhadap sisa umurmu? Kematian adalah pemenuhan janji, perkuburan adalah rumahnya, liang lahad adalah tilam ranjangnya, ulat-ulat tanah adalah kawan berbincang cakap, rasa takut dengan penuh kengerian menggerogotinya. Bagaimana mungkin dapat merasai kelazatan tidur?"


* Khalifah Umar Abdul 'Aziz :
beliau mengumpulkan para Fuqaha (Ulama Fiqih), mereka bermuzakarah (berbincang-bincang) tentang masalah kematian dan perihal kedahsyatan peristiwa setelah kematian itu, tentang peristiwa kiamat dan hisab, melalui titian Shirathol Mustaqim maka di antara mereka ada yang menangis semahu-mahunya.

* Imam Sufyan As-Tsauriy r.a :
bila ada orang yang bercakap tentang soal ingat mati di hadapan beliau, maka tidak ada satu pun yang bermanfantaat buatnya sepanjang hari. Beliau tidak ada kemahuan untuk makan dan minum. Bila ada yang bertanya kepadanya tentang sesuatu, beliau hanya menjawab dengan kata-kata: "Aku tidak tahu."

* 'Ali bin Fudhoil bin 'Ayyadh :
apabila ada orang yang menyebut-nyebut soal mati di hadapannya, beliau hampir pengsan. Rasa seperti mahu putus tali jantungnya kerana getaran yang mengejutkan.

* Yusuf bin Usbath : 
ketika beliau mengiringi jenazah ke tanah perkuburan, beliau merasakan seolah-olah beliau pun ikut mati. Bila para penghantar kembali dari pemakaman tersebut, beliau masuk di usungan mayat itu dan minta di hantar sampai ke rumahnya.

*Muhammad Al-Liqaq r.a :
Siapa yang ingat mati, dia akan mendapat tiga kemuliaan dalam tiga hal iaitu mempercepat untuk taubat, bersikap sederhana (qona'ah) dan rajin melaksanakan ibadah. Manakala, bagi mereka yang tidak hirau terhadap soal mati ini akan mendapat tiga jenis keburukan iaitu lambat bertaubat, tamak terhadap urusan dunia dan malas untuk taat.

* Imam Basri r.a :
Janganlah menjadi kaum yang hancur lebur kerana angan-angan lalu pergi dari dunia ini tanpa membawa kebaikan apapun.

* Buqyah bin Al-Walid r.a :
Hati-hatilah kamu terhadap tiupan angan-angan keabadian dan panjang umur, padahal kamu tetap melakukan keburukan, kamu bercita-cita mengharapkan kenikmatan di sisi Allah dengan angan-angan itu. Siapa yang berperilaku demikian, seakan-akan dia menempa besi yang tanpa di panaskan. Ketahuilah wahai saudara-saudaraku: Sembahyanglah kerana Allah Yang Maha Esa, sesungguhnya Allah itu amat dekat kebajikannya, meskipun kaki membengkak kerananya. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin.
Share on Google Plus

About Unknown

Mahu berjaya supaya dapat meringankan beban suami tetapi apakan daya tidak boleh keluar berkerja seperti orang lain di sebabkan tanggungjawab pada 5 orang cahayamata. Walau hanya seorang surirumah sepenuh masa namun berjaya punya pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Kini, makin hari semakin ramai surirumah mengikut jejak langkah untuk berkerja dari rumah.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment