Logo KBBA

'Tidurlah!' maka tidurlah dia seperti tidur pengantin

Tajuk post ini merupakan gambaran tentang arwah orang-orang mukmin yang berada di alam barzakh. Arwah kerjanya hanya tidur sahaja, dan bila perlu, maka dia akan turun ke rumah keluarganya atau ke kuburnya.


Hadis Abi Hurairah r.a mengatakan: Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila meninggal seorang hamba, maka datanglah dia dua malaikat, yang satu bernama Munkar, dan yang satu lagi bernama Nakir. Kedua-dua malaikat ini bertanya. Apa yang dapat engkau katakan dari hal Nabi s.a.w
Apabila yang di tanya itu orang mukmin, dia akan menjawab,'Bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.'Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang lain melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul-Nya. 
Kata malaikat, 'Sekarang kami telah mengerti apa yang engkau katakan itu.' Setelah itu di lapangkan kubur tujuh puluh hasta persegi dan di terangi dengan nur (cahaya). Dikatanya lagi, 'Tidurlah!' maka tidurlah dia seperti tidur pengantin, Tidak pernah bangun kecuali bila dia ingin menemui keluarganya. Demikianlah sampai hari berbangkit."

Hadis Abi Hurairah r.a pula mengatakan telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Orang mukmin itu di dalam kuburnya seperti di dalam kebun yang hijau. Kuburnya terasa lapang, terang benderang seperti cahaya bulan purnama." 
(sekadar gambaran)

Lain pula halnya dengan orang yang berdosa (kafir dan munafik). Kubur mereka di sempitkan sehingga berserakan tulang rusuknya. Mereka ini sentiasa di azab dan di seksa sampai dia di bangkitkan dari kuburnya itu nanti di hari kiamat dan setiap hari mereka berdoa agar hari kiamat cepat-cepat tiba kerana mereka sudah tidak tahan dengan azab kubur yang pedih.


Hadis Ibnu Mas'ud r.a mengatakan telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Bahawa orang yang telah meninggal sungguh mereka itu di azab (di seksa) di dalam kuburnya sehingga binatang ternak pun mendengar pekik mereka itu." 

Hadis Abi Sa'id r.a mengatakan; sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga." (Riwayat Tarmizi)



Share on Google Plus

About Unknown

Mahu berjaya supaya dapat meringankan beban suami tetapi apakan daya tidak boleh keluar berkerja seperti orang lain di sebabkan tanggungjawab pada 5 orang cahayamata. Walau hanya seorang surirumah sepenuh masa namun berjaya punya pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Kini, makin hari semakin ramai surirumah mengikut jejak langkah untuk berkerja dari rumah.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment