Logo KBBA

Kisah Rasulullah SAW berniaga

"Tidak ada kebaikan bagi pemalas yang tidak mahu berusaha mencari wang (harta). Dengan wang, seseorang mampu melindungi kehormatannya dan bermurah hati pada keluarganya" (Saidal-Musayyab)
Rasulullah s.a.w sangat menghormati seseorang yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan, malah isteri pertamanya Khadijah adalah seorang peniaga yang sangat berjaya.

Untuk memudahkan rezeki masuk, para peniaga di sarankan untuk bangun awal pagi, laksanakan solat subuh, seterusnya membaca Al-Quran dan tunaikan solat dhuha.

Antara sikap yang di tekankan oleh Rasullullah dalam perniagaan adalah jujur dengan menjual produk yang bermutu dan tepat dalam timbangan sebagaimana pesanannya ini:
"Peniaga yang jujur tidak terhalang dari pintu-pintu syurga" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Dirawayatkan, pada suatu hari ketika rombongan peniaga Arab membawa dagangan ke Syam.

( gambar sekadar hiasan)

Mereka sengaja menurunkan harga untuk menghancurkan peniagaan Rasullullah SAW. Namun, baginda hanya bersabar dan sama sekali tidak terikut dengan cara rombongan peniaga Arab itu. Baginda tetap menjual barangan yang di bawanya dengan harga tetap.

Maka ramailah yang berpusu-pusu membeli daripada rombongan peniaga Arab tadi (kerana ada diskaun) tapi Rasullullah tetap yakin bahawa seluruh barangannya akan habis di jual juga. Dan ternyata memang betul sangkaan baginda. Sebaik saja barangan peniaga-peniaga Arab tadi habis di jual, maka orang ramai berpaling semula kepada Rasulullah dan membeli daripada baginda dengan harga normal seperti sebelum ini.

Akibatnya, walau barangan rombongan peniaga tadi habis terjual namun keuntungan yang mereka perolehi ternyata jauh lebih rendah daripada Baginda. Manakala Rasulullah SAW yang menjual barangan dengan harga normal pulang dengan keuntungan yang lumayan.

Moral of the story....

Jangan dengki !
Jangan tamak !
Jangan cepat melatah !
Jangan mudah terpengaruh !
Jangan lupa bahawa rezeki adalah di tangan Allah SWT....

Selain Rasulullah SAW, Abdul Rahman Auf dan Uthman Bin Affan antara teladan yang baik untuk pada peniaga.



Share on Google Plus

About Unknown

Mahu berjaya supaya dapat meringankan beban suami tetapi apakan daya tidak boleh keluar berkerja seperti orang lain di sebabkan tanggungjawab pada 5 orang cahayamata. Walau hanya seorang surirumah sepenuh masa namun berjaya punya pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Kini, makin hari semakin ramai surirumah mengikut jejak langkah untuk berkerja dari rumah.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment