Wahai para suami.... kenapa la korang susah sangat nak support bini?
Kenapaaaa??? Kenapaaaaa??? Sedih tau.... Aty ni bukanlah pakar kaunseling tapi bila ada yang beri kenyataan macam ni, tak best lah... kesian kaum perempuan tau...!!
Tapi....
Aty nak minta maaf sangat-sangat sebabnya Aty tak dapat sokong perempuan dalam hal ni 100% walaupun hakikatnya Aty juga perempuan.
Nak tahu kenapa Aty berfikir begitu? Tak lain tak bukan sebab dah rasa sendiri. Aty berkahwin dengan suami dah lebih dari 13 tahun tapi Aty tak bermaksud Aty expert dengan pemikiran lelaki cumanya Aty jawab berdasarkan pengalaman. Aty dulu suami macam 'tak support' tapi dalam diam dia tahu apa Aty buat walaupun dia tak pernah tanya direct pada Aty.
Bagaimana suami Aty boleh tahu sedangkan dia 'tak pernah ambil tahu'? Of course lah sebab Aty beritahu. Tiap hari masa suami tengah rehat-rehat tonton TV, layan anak, layan facebook, Aty akan duduk sebelah suami. Aty akan cerita apa yang Aty buat walau suami tak tanya pun. Sebab Aty tahu suami Aty dengar. Mereka tak tengking suruh kita diam cuma buat-buat tak tahu dan tak tengok muka kita je pun.. jadi terus je la bercakap.
Aty tak cakap suami Aty perfect tapi kita kena ingat yang Allah beri jodoh sesuai dan sepadan dengan diri kita. Sebab tu kalau Aty nampak apa-apa yang Aty tak suka pada suami, Aty akan tuju pada diri sendiri.. maksud Aty, jika ada sesuatu yang Aty tak suka dengan sikap suami, Aty akan ingat cepat-cepat yang..
"Allah beri dia yang memang cukup sepadan dengan aku.. bila ada sikap dia yang tak elok bermakna sikap aku pun ada juga lah yang tak elok."
Bila kita ingat hal ini dalam hati ketika kita sedang melihat apa-apa keburukan suami maka kita patut imbas keburukan kita sendiri. Tapi, lepas imbas keburukan jangan pula lupa imbas segala kebaikannya... Jika kita hanya ingat yang buruk sampai lupa segala yang baik, sangat-sangat tidak adil.
Sebab itu, jika si suami kita bukan seorang kaki minum, kaki pukul, kaki perempuan dan yang seangkatan dengannya lah... Aty kategorikan kita sudah cukup bertuah dapat suami yang baik. Dan, semestinya kita juga boleh berasa yang kita adalah seorang insan yang baik juga sebab itu Allah anugerahkan suami sebaik dia sebagai pasangan hidup.
Tapi, jika kita sememangnya baik budi pekerti, tetapi... di anugerahkan seorang suami yang buruk perangai, Aty cuma boleh cakap yang sesungguhnya Allah saja tahu apa yang kita tidak tahu. Selagi boleh bersabar, bersabarlah dan jika memang tidak boleh bersabar boleh cuba selesaikan dengan bantuan orang ke tiga.
Cuma... topik bagi post ini, berdasarkan apa yang Aty rasa dan bagi Aty sekiranya suami kita bukan kaki pukul, sayang keluarga tetapi mereka tidak tunjuk tanda sokongan, Aty rasa kita yang perlu perbetulkan diri kita dulu sebelum cuba perbetulkan suami.
Memang tak di nafikan ada suami yang sokong apa saja si isterinya buat secara terang-terangan tetapi kebanyakan suami mereka sokong isteri secara sembunyi. (Suami Aty pun sama)
Sembunyi maksud Aty di sini ialah...
1 - Isteri cerita sesuatu suami buat dengar tak dengar, silap haribulan isteri bercakap mata suami melekat di handphone layan facebook.** hakikatnya, mata layan facebook tapi telinga tetap dengar apa isterinya cakap.
2 - Isteri tanya pendapat tapi suami tak bagi apa-apa cadangan pun.
** hakikatnya, mereka mahu kita berfikir sendiri, buat keputusan sendiri dan berani tanggung risiko sendiri.
3 - Isteri cakap mahu buat sesuatu tapi si suami senyap seribu bahasa.
** bab ni kena berani ambil risiko. Cuba buat sesuatu dan lihat kena marah ke tidak nanti, kalau kena marah bermakna senyap tandanya tidak boleh. Kalau buat sesuatu lepas tu tak kena marah, itu tandanya senyap ertinya boleh.
TAPI... AWAS..!!!
Suami akan melenting apabila...
- Kita buat apa-apa keputusan tanpa beritahu apa-apa pada mereka.
- Kita ke mana-mana tanpa izin mereka.
- Kita mahu keluar tapi rumah macam tongkang pecah.
- Kita buat apa-apa kerja sampai lupa nak sediakan makanan di atas meja.
- Kita berani-berani terima tetamu lelaki ketika mereka tiada di rumah (walau atas urusan kerja)
Mereka tak minta kita masak dan melayan mereka makan sampai perlu suap menyuap cuma mereka mahu kita pandai berdikari dan dalam masa yang sama tetap menjaga rumahtangga, itu saja. Apa guna punya bini kalau pandai cari duit tapi rumah bersepah? Anak-anak tak mandi dari pagi sampai ke malam. Pinggan penuh dalam sinki sampai berulat.
So, kesimpulannya.... sebagai perempuan pandai-pandailah tackle hati suami masing-masing. Sebelum nak salahkan suami, lihat dulu diri sendiri.
Dan para suami pun, jangan lah ego sangat... apa salahnya sesekali tunjuk kasih sayang tu. Rasulullah sendiri cubit hidung Syaidatina Aisyah masa isterinya tu merajuk tau.. bila isteri gembira, para suami juga yang ikut bahagia, tak gitu?

0 comments:
Post a Comment