
Siapa Ahmd Fzl? Lawyer majestrit, doktor?
Pertama sekali Aty mmg rasa sedikit malu sebabnya Aty tak tahu langsung kisah sedara kita ni sebelum ini, yerlah sibuk dengan kerja untuk team surirumah ni sampaikan takde masa nak beli suratkhabar dan godek facebook orang.. kikiki..
Apapun, syukur Alhamdulillah sempena bulan kelahiran Aty ni, Allah pertemukan kisah beliau dengan Aty melalui slot di Majalah 3. Honestly, salute!

( sekali tengok mcam Fad Bocey pulak.. hehe)
dan dalam masa yang sama rasa macam nak menitis airmata... Kenapa? Kerana kisahnya hampir ada persamaan dengan Aty...
Walau kami berlainan bidang tetapi konsep kami sama iaitu untuk mencari rezeki di atas muka bumi Allah ni cuma yang membezakan beliau dengan cara menjadi runner, manakala Aty dengan cara berkerja dari rumah sambil jaga anak-anak. Jangan salah faham pulak, Aty bukannya seorang ibu tunggal.. no no no.. cumanya Aty dan suami di kurniakan anak seramai lima orang (Semua lelaki) dan gaji suami tidak mencukupi untuk menampung keperluan kami tujuh beranak. Paham pahamlah semuanya mahal, so Aty rasa bertanggungjawab untuk membantu suami tapi dek kerana Aty tak boleh keluar bekerja macam orang lain maka Aty fokus untuk berkerja dari rumah dan syukurlah selepas bertahun cuba pelbagai cara jana pendapatan melalui online kini Allah pertemukan Aty dengan salah sebuah company dari Selangor hampir setahun yang lalu dan sejak itu Aty fokus bimbing surirumah lain dengan menubuhkan #teamatyrich.
Persamaan Aty dan Tuan Ahmd Fzl adalah pada motto hidup yang kami pegang. Aty syorkan sapa yang nak berjaya, yang ikhlas nak cari rezeki untuk keluarga peganglah motto seperti kami ni iaitu; "Rezeki di tangan Tuhan, bukannya di tangan manusia"
InsyaAllah, setiap kali rezeki datang walau banyak walau sikit kita akan rasa tenang dan mampu tersenyum. Memang lah kalau di ikutkan logik perlu cari duit banyak untuk sara family dengan kos yang sangat tinggi sekarang ni tetapi sudah memang itu jumlah rezeki utk hari itu apa boleh buat, redha sajalah. Yang pasti kita cari rezeki halal dan jangan risau Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Aty sendiri masa mula-mula berkerja dari rumah, pening juga kepala mikirkan bagaimana nak bantu suami tapi Aty nekad buat saja apa yang boleh Aty buat janji rezeki halal. Berapa pulangan itu hal nombor dua...
Ternyata rezki Allah itu luas, Dia maha mengetahui segalanya yg penting kita sebagai hamba harus yakin dan berusaha...
Dek kerana rezeki melebihi apa yang di jangkakanlah Aty nekad untuk lahirkan lebih ramai surirumah yang berjaya. Aty tubuhkan #teamatyrich, Aty daftarkan team dengan SSM dan Aty ajar apa yang Aty tahu pada mereka. Melalui usaha ini semua Aty boleh kenal siapa yang benar-benar mahu berjaya dan siapa yang bukan. Aty boleh tahu siapa yang betul-betul mahu cari sesuap nasi dan siapa yang tak punya masalah kewangan.




dulu hanya fokus untuk surirumah tapi skrg buka peluang pada siapa saja.. cuma tahap kejayaan atas diri masing-masing kerana tugas Aty untuk membimbing. Aty buat kelas melalui whtsapp sesuai dengan jadual sebagai seorang surirumah...
yang paling menyayat hati ada ahli team yang sanggup datang dari Penang, Perak dan Johor semata-mata untuk bertemu Aty.
Terima kasih sahabat-sahabat. Walau kita hanya kenal dari facebook tetapi biarlah ikatan perkenalan yang telah terbina kekal hingga selamanya.. Biarpun satu hari nanti kita tidak tahu siapa yang akan pergi dulu tetapi setidak-tidaknya kita boleh saling mengutus doa sebagai tanda ingatan kasih sayang..
Sedara Ahmd Fzl telah berjaya mencapai misi nya dan siapa tahu mungkin satu hari nanti giliran kami pula para surirumah.. InsyaAllah... :D

Terima kasih sahabat-sahabat. Walau kita hanya kenal dari facebook tetapi biarlah ikatan perkenalan yang telah terbina kekal hingga selamanya.. Biarpun satu hari nanti kita tidak tahu siapa yang akan pergi dulu tetapi setidak-tidaknya kita boleh saling mengutus doa sebagai tanda ingatan kasih sayang..
Sedara Ahmd Fzl telah berjaya mencapai misi nya dan siapa tahu mungkin satu hari nanti giliran kami pula para surirumah.. InsyaAllah... :D

Nak baca kisah Ahmd Fzl dengan lebh detail? Boleh bacanya DI SINI
dan jika nak gunakan perkhidmatan beliau, boleh terus hubungi facebook beliau INI.
SYABAS AHMD FZL... TERUSKAN BERI INSPIRASI...!!
0 comments:
Post a Comment