Siti: "Nikah awal di kata kita gatal... Nikah lambat di kata kita tak laku... Tak nikah langsung di kata kita tak punya nafsu.."
Mak Temah: "Anak aku mengaji sampai U. Mesti kena 5 angka ke atas ni."
Meon: "Nak masuk minta duit tak dak, tak masuk minta hati tak tahan. Aku sentuh dulu menikah kemudian baru ada akai.. silap haribulan boleh aku nikah free..."

Macam-macam hal bila sebut hal perkahwinan ni. Ada yang penting dan perlu kita ikut dan ada ada yang tidak berapa penting yang tidak perlu kita ikut. Pandai-pandai lah kita kategorikan sendiri apa yang penting dan kurang penting tu.

Yang pasti, tak di nafikan ramai yang anggap 'menikah' ni adalah hanya untuk menghalalkan sentuhan bagi lelaki dan perempuan, jika terlanjur sebelum menikah dan kebetulan si perempuan mengandung, ada yang tidak teragak-agak untuk buang bayi yang langsung tak berdosa tu. Bayi yang lahir tersebut selama-lamanya di gelar 'anak luar nikah' hanya kerana tiada lafaz akad nikah di antara ibu bapanya.

Tetapi,.... sebenarnya pandangan Islam mengenai pernikahan adalah jauh lebih luas dan sempurna daripada itu. Pernikahan bukan semata-mata untuk menghalalkan ikatan antara lelaki dan perempuan tetapi untuk masa depan yang lebih cerah dan sempurna.

Jika hanya mahu bernikah semata-mata untuk menghalalkan sentuhan itu tidak ubah hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata sedangkan akad nikad itu sendiri merupakan pintu untuk setiap pasangan itu melangkah ke satu dunia yang baru yang lebih terjamin, bahagia dan tenang.

Pernikahan bukan semata-mata kerana nafsu tetapi ia akan
* menjaga kehormatan dan pandangan mata
* melindungi agama dan akhlak
* meraih pahala kerana melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya
* membolehkan kita mempunyai teman kala susah dan senang
* menaik taraf seorang gadis menjadi seorang wanita
* membolehkan lelaki mempunyai seorang wanita yang sanggup memberinya zuriat
* membolehkan wanita mempunyai seorang lelaki yang akan melindunginya dari pelbagai segi
* membolehkan seorang lelaki menyambung zuriatnya
* membolehkan seorang dua buah keluarga bersatu
* membolehkan insan baru lahir dan membesar dalam persekitaran yang terurus
* memperbanyakkan kaum muslimin
* mendatangkan pahala yang besar dalam mendidik dan bersabar atas kenakalan anak-anak
dan macam-macam lagi lah... terlalu banyak kelebihan yang boleh kita fikirkan.

Memang tidak di nafikan ada rumahtangga yang gagal, ye lah kita manusia hanya merancang tetapi Allah yang akan menentukan tetapi yang pasti apa yang berlaku pasti ada hikmahnya untuk kita kaji dan tidak bermakna gagal sekali akan gagal berkali-kali.
Wahai para pemuda, jika kamu sudah memiliki kemampuan untuk menikah, menikahlah. Sebab itu lebih ampuh untuk menjaga pandangan mata dan kehormatanmu.Sedangkan yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa, kerana itu akan menjadi perisai baginya."(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Tetapi sayangnya zaman kini tidak semua sanggup menjaga pandangan mata, berpuasa semata-mata untuk jaga pandangan jauh sekali sebab itu ada yang sanggup bersentuh-sentuh hingga tahap terlanjur dek kerana tidak mampu untuk jaga pandangan mata. Tetapi nak di salahkan lelaki saja tidak boleh juga kerana si perempuan sendiri sengaja berpakaian ketat untuk minta di puji dan untuk cuba-cuba tarik perhatian lelaki. Bila saling jatuh cinta terlanjur, mengandung, si kecil jadi mangsa tetapi ada juga kes yang mahu bernikah tetapi hantaran melambung tinggi. Bahaya kan? Inilah yang di katakan dunia akhir zaman.

Aty ada terbaca dalam sebuah buku berkaitan 'pernikahan'. Walau zahirnya cukup terang iaitu untuk menghalalkan persetubuhan namun hakikatnya lebih dari itu. Nampak ringan tetapi memberi impak yang sangat besar.

Sedar atau tidak pernikahan adalah satu-satunya cara untuk menjaga kesinambungan manusia dan kemakmuran dunia. Kalau bukan kerananya, tamadun manusia akan punah. Pernikahan juga merupakan pendorong utama bagi manusia untuk bekerja dan mencapai cita-cita. Kalau bukan kerananya, manusia tidak akan bersemangat untuk bekerja mencari rezeki. Ia merupakan asas bagi pelbagai hak dan kewajipan untuk yang harus di perhatikan secara bersungguh-sungguh agar dapat berlabuh di dermaga kesejahteraan dan kebahagiaan.
Mahu berjaya supaya dapat meringankan beban suami tetapi apakan daya tidak boleh keluar berkerja seperti orang lain di sebabkan tanggungjawab pada 5 orang cahayamata. Walau hanya seorang surirumah sepenuh masa namun berjaya punya pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Kini, makin hari semakin ramai surirumah mengikut jejak langkah untuk berkerja dari rumah.
0 comments:
Post a Comment