Logo KBBA

Kenali siapa Unico Network Sdn Bhd

Unico2u atau Unico Network Sdn Bhd (No Pendaftaran Syarikat: 1124275-A) adalah sebuah syarikat e-Commerce di bawah syarikat Unic Marketing yang ditubuhkan pada tahun 2015.
Inilah dia bangunan induk bagi 'Unico' yang terletak di Bukit Angkat, Kajang, Selangor. Wisma yang berkeluasan 22,000 kaki persegi ini didirikan di atas tanah sendiri dengan harga RM10 juta.

( sebelum )

( selepas )

 Wisma ini di lengkapi dengan pelbagai kemudahan bertaraf lima bintang untuk keselesaan semua ahli-ahlinya. Ini antara bukti yang syarikat Unico ini bukan sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa. 





Untuk pengetahuan anda lagi, 'Unico' merupakan anak syarikat kepada 
UNIC MARKETING (M) SDB BHD  yang di terajui oleh...

  
Chairman/Director: Mr KC Lim / Board Director: Ms Ellis Eu / Board Director: Tuan Hj Mohd Nadzri
Unic Marketing yang merupakan induk Unico Network (unico2u) ditubuhkan pada tahun 2007 dan berperanan sebagai pemborong dan peruncit produk-produk kecantikan dan kesihatan di seluruh negara yang mempunyai track record jualan tahunan melebihi RM100 juta setahun dengan bilangan kakitangan syarikat melebihi 100 orang.
Maka tidak hairanlah jika gudang mereka turut di penuhi dengan pelbagai produk keluaran syarikat lain di samping produk-produk berlabel 'Unico' itu sendiri. 


                  

Terdapat lebih daripada 2000 jenis produk di sini dan hasil keuntungan Unic Marketing sebagai pemborong mencecah RM10 juta setahun dan Unic Marketing juga telah berjaya mendapat anugerah pengedar terbaik daripada dua orang usahawan produk kesihatan dan kecantikan yang sangat terkenal di Malaysia iaitu Dato' Vida dan Dato' Alif Shukri.

  

Yang lebih menyeronokkan, kami boleh beli semua produk-produk ini dengan harga diskaun sehingga 40%. Jauh lebih murah dari harga pasaran yang sebenar. Maka tidak hairanlah semakin hari semakin ramai peniaga produk kesihatan berlumba-lumba mahu jadi ahli UNICO untuk mendapatkan keistimewaan ini.

Jika anda tinggal jauh dari wisma utama kami di Kajang, anda boleh mendapatkan produk yang anda mahu di cawangan-cawangan kami seluruh negara. Ada 13 buah cawangan Unico buat masa ini yang terletak di Alor Setar, Seberang Jaya, Ipoh, Kuantan, Kota Bharu, Puchong, Pelabuhan Klang, Melaka, Skudai, Kuching, Kota Kinabalu dan cawangan akan semakin di tambah di lokasi yang lain di masa akan datang.





(#teamatyrich berada di cawangan Unico yang terletak di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan)

*******************************************

Kini 'Unico' sudah semakin melebarkan sayapnya ke negara-negera yang lain. Antaranya Indonesia, Brunei, Singapura, Hong Kong, Thailand, dan India. Walau Unico dari Malaysia sepenuhnya namun kami di terima baik oleh warga negara yang lain dan di layan bagai menatang minyak yang penuh.

( Unico di terima baik dan di gelar sebagai U-Live di Indonesia )

(Unico live dari Hong Kong)

Apa pendapat anda tentang Unico? Adakah Unico ini sebuah syarikat yang hanya mahu menipu atau bagaimana? Jika anda mahu tahu lebih lanjut lagi berkaitan Unico boleh hubungi kami #teamatyrich
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment